HOME » NATIONAL TOBACCO CONTROL POGRAMME » RELIGION » ISLAM   
Disease Control Division
WELCOME
About Tobacco Control Unit Malaysia!
CLICK HERE FOR MORE!
MAIN
 

 

 

Your browser does not support JavaScript. Use Internet Explorer version 6.0 or later

 
EVENTS

 
:: KEMPEN NAFAS BARU BERMULA RAMADHAN 1424H

Introduction

Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama  Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di  zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang penjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Dari kajiselidik yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1996, kadar merokok di negara ini ialah 24.8%, iaitu seramai 2.4 juta orang. Ini bermakna 1 dari setiap 5 orang dewasa adalah perokok. Berbanding dengan 10 tahun dahulu terdapat pertambahan seramai 700,000 (3/4 juta) perokok yang direkodkan. Merokok di kalangan  lelaki kini meningkat 8.2% iaitu dari 41% pada 1986 kepada 49.2% dalam tinjauan 1996.

Kadar merokok di kalangan lelaki dewasa tempatan sebanyak 49%, adalah melebihi kadar yang sama di negara-negara maju, seperti United Kingdom (38%), Amerika Syarikat (35%) dan Sweden (30%), di mana kesedaran di negara-negara ini telah mempengaruhi penurunan kadar merokok sejak beberapa tahun lalu.

Perangkaan juga menunjukkan bahawa kaum Melayu Muslim meliputi 35% dari keseluruhan perokok,  dengan jumlah seramai lebih kurang 1 juta orang, berbanding  dengan Cina 23% dan  India 20%. Kebanyakan dari perokok adalah terdiri dari mereka yang bermastautin di kawasan luarbandar dan terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah. Sebilangan besar perokok mula berjinak dengan tabiat ini dari peringkat remaja, dan purata umur mula merokok ialah 19 tahun.

Satu kajiselidik yang dijalankan terhadap perokok remaja pada tahun 1996 dan 1999 telah menghasilkan statistik yang membimbangkan. Kadar keseluruhan merokok bagi generasi muda kita telah bertambah 2% dalam masa 3 tahun, di mana 29% remaja lelaki merokok pada tahun 1999. Tetapi yang lebih menggerunkan lagi ialah kadar merokok bagi remaja perempuan yang telah mejonjak hampir 2 kali ganda dari 4.8% kepada 8% dalam tempoh yang singkat itu. Adalah dianggarkan bahawa setiap hari seramai lebih kurang 50 orang remaja memulakan tabiat buruk ini.

Tembakau memudaratkan kesihatan manusia dan haiwan apabila mereka terdedah kepada penggunaannya. Kemajuan dalam penyelidikan sains perubatan telah jelas membuktikan hubungan rapat di antara penggunaan tembakau dengan kejadian kanser, penyakit jantung, penyakit paru-paru dan berbagai-bagai jenis penyakit lain. Rokok merupakan penyebab utama kesengsaraan dan kematian yang boleh dielakkan sama sekali di zaman moden ini.

Dari perspektif Islam, merokok adalah satu perbuatan buruk yang tidak sesuai dengan nilai-nilai murni dalam kehidupan seorang Muslim. Fatwa bahawa merokok adalah haram pernah dikeluarkan oleh ramai ulama tempatan dan antarbangsa, termasuk Mufti Mesir, Dr. Nasr Fareed Wassil. 

Pada 23 Mac 1995, Majlis Fatwa Kebangsaan melalui muzakarah yang ke-37 telah juga memutuskan fatwa haram bagi perbuatan merokok. Malangnya selepas lebih 7 tahun fatwa ini dibuat sehingga kini hanya 2 buah negeri sahaja (Selangor & Kedah) yang telah mewartakannya. 

Pelbagai usaha dibuat untuk memerangi gejala merokok. Di peringkat global, prospek usaha kawalan tembakau dicerahkan dengan penerimaan sebulat suara para anggota Persidangan Kesihatan Sedunia di Geneva May lalu bagi Framework Convention on Tobacco Control. FCTC merupakan satu alat perundangan antarabangsa bagi mengawal penghasilan dan penggunaan tembakau di peringkat global.

Pada Julai tahun 2002, Pejabat Mufti Negara Brunei Darussalam telah menganjurkan satu seminar antarabangsa mengenai tembakau di mana implikasinya dari pandangan Islam menjadi tema dan asas perbincangan.

Di Malaysia, berbagai strategi dan aktiviti telah dilaksana dan sedang dirancangkan. Antaranya ialah satu kempen promosi kesihatan yang meluas dijangka akan mula dilancarkan pada tahun ini.

Memandangkan pendekatan Islam amat berpotensi dalam menangani masalah merokok di kalangan Muslim di Malaysia, dan ia masih belum diterokai sepenuhnya maka adalah wajar kemungkinan ini diekploitasikan.

More >> 

 

HOME | ABOUT US | NTCP BLUEPRINT | HEALTH PROMOTION | LEGISLATION | CESSATION | YOUTH | RELIGION
TAXATION | DOWNLOADS | RESEARCH | LINKS | INFORMATION | PRIVACY POLICY